Pertama sekali ingin aku katakan di sini, ke mana pujian dan harapan yang menggunung tinggi KARIM selaku timbalan presiden KOAM kepada anak-anak buahnya yang menjangkakan kejayaan bakal diraih.Andaian yang dibuat olehnya ternyata jauh meleset. Aku membaca keratan berita di akbar tempatan yang menulis tentang kekalahan skuat OLAHRAGA yang menyertai kejohanan ASIAN TRACK AND FIELD di Guangzhou,China.Tonggak utama KOAM yang menjadi ayam tambahan pun hilang taji entah kenapa???aku pun tidak tahu kenapa.May be kena tanya tuan badan baru tahu situasi sebenar..nak harap berita,entah apa-apa yang diorang tulis.Satu benda yang amat membimbangkan aku sebagai peminat setia olahraga tempatan adalah bagaimana skuat OLAHRAGA MALAYSIA dalam SUKAN SEA di LOas nanti..Memang standart ATF ini lagi tinggi tarafnya jika hendak dibandingkan dengan SEA GAMES.Tapi mampukah skuat ini memikul tanggungjawab 8 pingat emas yang rata-ratanya diletakkan pada bahu atlit-atlit senior.Sepatutnya atlit junior turut digilap bakat mereka agar mampu setanding dengan atlit senior.Barulah serasi dan Malaysia tidak akan ketandusan atlit tatkala atlit senior angkat spike.Tapi benda ini rasanya tidak diambil berat sangat oleh badan induk ini,sesetengah atlit junior atau senior digugurkan dari skuat sesuka hati.INGIN AKU TEGASKAN DISINI,RAKYAT MALAYSIA BUKAN RAMAI MACAM RAKYAT CHINA,penduduk kat malaysia ni ciput je pun..lagi nak buang-buang atlit sesuka hati mereka kerana kuasa veto terletak ditangan mereka.Inilah sebabnya sukan olahraga tak maju..Sikap pilih kasih jurulatih terhadap atlit mereka kadangkala merosakkan atlit itu sendiri.Yang tu x perlu la aku nak ceritakan,korang paham-paham sendiri la..Lagi satu,apa yang aku boleh nampak adalah memang sukan olahraga ni acara individu tetapi sesetengah atlit senior bukan nak support atlit junior mereka pun,hentam lagi adala...Ubah la sikap tu untuk kebaikan bersama.MAJU LAH SUKAN OLAHRAGA MALAYSIA...
No comments:
Post a Comment