Friday, July 9, 2010

aku nak jadi PEMUZIK..haha..lawak...

Tetiba aku rasa aku nak tulis pasal cita-cita terpendam aku nak jagi pemuzik,paling kurang pun nak jadi pemuzik jalanan pun ok. Yang penting aku ada suara yang sedap didengar dan kebolehan bermain gitar skit. Tapi apakan daya,smua tu xde dalam diri aku. Cuma reti main gitar,tu pun bukan sedap sgt pun tapi basic tu ada la...
Aku adore sesiapa saja yang pandai bermain muzik dan sedap menyanyi walaupun berdiri sorang2 atas stage. Memang cukup berani dan love it.. If i la yang berada di tempat diorang kan bagus. Sure2 aku ada peminat dan dikenali ramai walaupun muka ok jer. Angan-angan kena ada walaupun susah nak merialisasikannya. Yang penting semangat kena kuat walaupun selalu kena kutuk suara bukan sedap sgt pun..haha..
Tuhan berikan la aku talent macam tu walaupun hanya untuk sementara. Aku memang teringin sgt nak perform atas stage dan semua yang mendengarnya menyukainya. Lagi best kalau yang tersayang ada jugak masa aku perform tu. Wah...sure2 cair yang tersayang tu dgr kan..x pun terharu..
Xpela.angan2 ku biarlah menjadi angan2 ku jua. Biarkan masa saja yang menentukannya asalkan usaha ada,smua pun boleh jadi..betul x..

Wednesday, June 23, 2010

KENAPA OLAHRAGA DITAKOK LAMA

Aku hanyalah seorang yang amat meminati sukan olahraga terutama olahraga Malaysia. Aku kagum ngan sikap atlit olahraga yang pagi petang berlatih walaupun elaun latihan ciput jer. Ditamabah lagi dengan pengurusan olahraga (KOAM) yang macam haram jadah menguruskan atlitnya. Dari sumber yang boleh dipercayai, kesemua bujet untuk mengikuti kejohanan di luar negara ditanggung oleh MSN dan tiada satu sen pun duit KOAM yang keluar. Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah kenapa naib presiden KOAM iaitu KARIM IBRAHIM memotong sesuka hati senarai nama yang telah diluluskan oleh MSN beserta buget yang telah disertakan. Kalau nak bercerita pasal pakaian tajaan MIZUNO lagi la..entah kemana semuanya..atlit olahraga memang macam badut bodoh jer ikut telunjuk KARIM. Itulah yang aku sempat korek dari sumber yang boleh dipercayai..hehe..Macamana olahraga nak maju. Nak mendapatkan pendedahan luar melalui pertandingan antarabangsa pun disekat. Itulah orang berilmu selalu berkata, kejayaan yang terhasil hasil daripada pengurusan yang bijak dan telus. Oleh itu, nak maju macamana kalau berlaku rasuah dan penggelapan wang tajaan. Fkir-fikirlah..

Sunday, December 6, 2009

tindakan pelik

Tindakan pelik

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com my

TINGGAL dua hari tirai saingan Sukan Sea Laos akan dibuka dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mengatur langkah pelik apabila atlit mereka diarah menjalani ujian larian semalam.

Atlit yang terbabit dalam ujian ‘mini’ KOAM selama sehari di trek Stadium Nasional, Bukit Jalil, itu terdiri daripada mereka yang akan menyertai acara 4x400m lelaki dan 4x400m wanita.

Ujian saat akhir KOAM itu dilihat kurang tepat kerana menimbulkan risiko buat atlit, apatah lagi dua daripada pelari kuartet 4x400m lelaki negara Muhamad Zaiful Zainal Abidin dan Muhammad Idris Zakaria mengalami kecederaan kecil.

Pelari simpanan acara itu, K Amran Raj juga belum berada pada tahap terbaik selepas pulih daripada kecederaan akibat kemalangan dan pembedahan betis kerana masalah tiada tekanan darah pada betis.



Mohd Zafril Mohd Zuslaini yang turut bersama kuartet yang diberi tugas mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lalu di Korat, mengakui tidak mempamerkan prestasi sebenar dalam ujian itu kerana bimbang ditimpa kecederaan.


“Saya memang tidak beri persembahan terbaik sebab takut cedera, sebab kami (4x400m) tidak mempunyai pelari simpanan,,” katanya yang mencatat larian terpantas dengan masa 47.04s berbanding tiga lagi pelari utama negara - P Yuvaaraj, Muhamad Zaiful dan Muhammad Idris Zakaria.

Rasa tidak senang itu difahamkan bukan hanya dirasai Zafril, malah atlit-atlit lain serta jurulatih namun terpaksa akur dengan arahan pihak atasan persatuan.

Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim yang diajukan soalan mengenai perkara itu tetap mempertahankan langkah yang dibuat sebagai penilaian prestasi atlit serta menentukan posisi larian untuk acara berganti-ganti.

“Kenapa tidak faham? Ini pertandingan untuk mereka, macam Usain Bolt sebelum masuk Kejohanan Dunia, dia lari tidak kurang daripada 20 pertandingan kompetitif.

“Daripada ujian ini, kami boleh nilai dan tentukan posisi pelari acara berganti-ganti, siapa pelari pertama dan terakhir.

“Tidak perlu bimbang mengenai kecederaan sebab atlit tidak akan lari sepenuh hati,” kata Karim.

Persoalannya, jika atlit tidak berlari mengikut kemampuan sebenar bagaimana prestasi mereka boleh dinilai KOAM?

Menurut jurulatih 400m kebangsaan, K Jayabalan walaupun atlit diuji namun mereka dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

“Kami mahu lihat prestasi mereka sebab sebelum ini kuartet 4x400m lelaki tidak pernah diuji bersama, jadi daripada sini kami boleh nilai, kami juga ambil kira prestasi larian mereka sebelum ini,” katanya.

Skuad olahraga yang mensasarkan lapan emas, akan berlepas ke Laos, Khamis ini.

KOAM dikritik anjur 'kejohanan' 4 x 400m

KOAM dikritik anjur 'kejohanan' 4 x 400m

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my


PELARI 4x400m negara, Zaiful Zainal (tiga dari kiri) menunjukan rakaman larian mereka sewaktu ujian masa yang dirakam oleh jurulatih mereka Hamberi Mahat (kiri) dan Jayabalan (dua dari kiri) sambil diperhatikan (dari kanan) P Yuvarag, Zafril Zuslaimi dan Idris Zakaria.

KETIKA acara mereka di Sukan Sea berbaki seminggu lagi, tindakan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menganjurkan sesi pemilihan merangkap 'kejohanan' 4x400m lelaki dan wanita, mengundang kritikan ketika kuartet ke Laos sudah ditentukan.

Namun, Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim mempertahankan tindakan badan induk itu dengan menjelaskan sesi yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, untuk memilih aturan terbaik kuartet lelaki bagi mempertahankan emas yang dimenangi di Korat, di samping mencari ramuan terbaik bagi rangkaian wanita dalam harapan mencuri pingat di Vientiane nanti.

Mengambil contoh pelari pecut sensasi dunia, Usain Bolt, Karim menyifatkan tindakan pihaknya menyamai persiapan pemegang rekod dunia itu dalam menghadapi Kejohanan Dunia.


"Ia bukannya sesi pemilihan tetapi atlit perlu menganggapnya sebagai satu pertandingan. Sebelum menyertai Kejohanan Dunia, berapakah kejohanan yang disertai Usain Bolt? Tidak kurang daripada 20.

"Jadi hari ini adalah untuk mempersiapkan pasukan selepas berlatih dua minggu lalu. Kami nak susun kuartet 4x400m lelaki untuk mempertahankan pingat emas.

"Bagi wanita, kami mengharapkan mereka dapat mencuri satu pingat dengan kehadiran Noraseela (Khalid). Noraseela tak lari hari ini kerana ingin menumpukan terhadap 400m dan lari berpagar," katanya.

Hakikatnya sesi semalam dilihat tidak dapat membantu pihak pemilih untuk menetapkan aturan dengan keputusan jurulatih, K Jayabalan tidak akan berpandukan kepada satu larian, itu pun dalam keadaan atlit tidak memberikan 100 peratus kerana bimbangkan kecederaan.

Tuesday, December 1, 2009

KOAM tidak benarkan Noraseela beraksi tiga acara 30/11/2009 2:33pm KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak akan membena

KOAM tidak benarkan Noraseela beraksi tiga acara

dipetik drpd utusan malaysia

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak akan membenarkan Noraseela Khalid beraksi dalam tiga acara pada Sukan SEA Laos, dan mahu pelari itu diketepikan daripada kuartet 4x400 meter wanita.

Timbalan presidennya, Karim Ibrahim menegaskan, No raseela sudahpun menggalas tanggungjawab besar untuk memburu dua pingat emas dalam acara 400 meter dan 400 meter lari berpagar.

Justeru, beliau tidak mahu mengambil risiko dengan memberi tugasan tambahan kepada pemenang pingat perak Kejohanan Asia itu.

Malah ujar Karim lagi, memandangkan acara 4x400meter wanita bukan prospek pingat emas Malaysia di Laos, jadi adalah tidak wajar untuk mewajibkan Noraseela beraksi. - Utusan


RESPON

Klu x mampu nak menggalas seberat mana pun beban yang diberikan,jangan la jadi atlit elit olahraga la.Yang kononnya disegani.

Norseela merupaka atlit olahraga malaysia yang amat disanjung tinggi kerana keupayaannya yang mampu membawa balik pingat pada usia yang sebegitu(berumur 30).dan tidak lah menjadi masalah klu diberikan 3 acara sekali gus walaupun acara 4x4oo bukan prospek emas.Sepatutnya atlit yang berusia sepertinya mempunyai pengalaman dan caranya yang tersendiri untuk mengendalikan masalah acara yang banyak ini.

Buat apa MSN dan KOAM menghantar norseela ke luar negara selama hampir setengah tahun dan memberi alasan sebegini untuk mengelak diri daripada tanggungjawab yang telah diberikan.Tindakan Karim Ibrahim ini merupakan satu kesilapan besar dan sebenarnya sesuatu yang amat bodoh.Tolong la jgn memperbodohkan diri anda hanya kerana satu masalah yang kecil.Nampak sangat tiada kredibeliti dalam dirinya sehingga membuat keputusan yang sebegini rupa.Bagaimana pula nasib lagi 3 orang atlit 4x400m yang sepanjang tahun berlatih dan menghabiskan duit sendiri akibat daripada KOAM yang tidak membantu dalam kebajikan atlitnya.Inilah sebenarnya platform yang bagus untuk mengangkat diri dan memperoleh kemenangan yang sepatutnya mereka kecapi.Tolong la jangan terlalu mementingkan diri sendiri bagi pihak2 yang terlibat.Buka mata anda dan fikir la dengan logik.

Sunday, November 29, 2009

JAHANAM KEPADA SMUA INDIVIDU DLM KOAM


DAH TERANG-TERANG PENGURUSAN KOAM MACAM BABI JER BUAT KERJA,PRESIDEN GOYANG KAKI JE,TIAP KALI DATANG MEETING,HULUR DUIT SKIT,BAIK PUNYER MENGAMPU.KLU DALAM TEKS UCAPAN BERTEMU ATLIT PATUTNYA CERITA PASAL SUKAN TERUTAMA OLAHRAGA,NI TAK,SIBUK CAKAP PASAL BENDA LAIN.SIBUK NAK ANGKAT DIRI SENDIRI DENGAN BUDI DAN PERJUANGAN DALAM SUKAN MALAYSIA...KONONNYER LAAA..

SI KARIM IBRAHIM TU PULAK,TUKANG CANANG BERITA MENGARUT2 KAT PEMBERITA PASTU BAIK PUNYER COVER KLU ATLIT GAGAL DALAM SATU2 COMPETITION.KALU MACAM NI BILE OLAHRAGA NI NAK MAJU.

KLU NAK KIRA KEBAJUKAN ATLIT,X YAH CAKAP LA...ATLIT SENIOR PUNYER LA BAIK JAGA,TAPI ATLIT YANG BARU NAK NAIK,DIORANG AMBIK KISAH NGAN X JER.ALMAKLUMLA BUKAN STAR.PASTU BILA ADA COMPETITION BESAR MACAM SEA GAMES NI BARU TERKIAL2 CARI ATLIT JUNIOR NAK GANTI ATLIT SENIOR YANG X NAMPU DAH BERTANDING.INI KE NAMANYER ASAM GARAM DALAM OLAHRAGA..

ADA E PATUT PERGI SINGAPORE OPEN PUN NAIK BAS..MANA SEMUANYA DUIT SPONSOR YANG DIORANG DAPAT.NAK KATE HANTAR ATLIT GI OVERSEAS TRAIN,HANYA JERMAN JER.TU PUN SEBULAN JER.PASTU XKAN DUIT TAMBANG FLIGHT GI SINGAPORE PUN XDE,,ISH...MEMALUKAN LA.

KENAPA LA PIHAK AKHBAR X TAU SEMUA NI.NAK JER AKU BAGITAU.HAMPEH SMUANYA.HANYA NAK JAGA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.
BAK KATE PEPATAH,NAK UNTUNG TAPI X BUAT PELABURAN....DAH NYAWA2 IKAN BARU NAK BUAT ITU INI..

KOAM beri isyarat salah

KOAM beri isyarat salah

Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

DARIPADA sasaran awal memburu 10 pingat emas, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mengubah pendirian dengan menurun kepada angka lapan. Gelagat itu sudah cukup menceritakan senario olahraga negara yang cukup lesu menghadapi Sukan Sea XXV di Vientiane, bermula 9 Disember ini.

Dengan prestasi atlit kurang memberangsangkan serta sandaran lebih kepada atlit senior atau veteran menampakkan betapa program pembangunan atlit KOAM sama ada satu kegagalan atau pun sememangnya tiada perancangan langsung.

Malah, jumlah lapan emas disasarkan KOAM, menyamai jumlah pungutan pada beberapa temasya lalu seperti Manila 2005 dan Vietnam 2003, sebelum berkurangan kepada tujuh, dua tahun lalu di Korat.


Sekilas pandang ia memberi gambaran bahawa olahraga negara dalam dekad terakhir ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan seiringan dengan peredaran masa sebaliknya terbantut tanpa misi dan hala tuju yang jelas.

Berdepan dengan pelbagai persoalan ini, orang kuat KOAM, Karim Ibrahim masih menampilkan wajah bersemangat dengan keyakinan tinggi bahawa barisan atlit negara dipilih menggalas cabaran kali ini akan mampu menampilkan prestasi membanggakan.

“Saya yakin atlit akan bangkit di Laos di sebalik prestasi kurang membanggakan sepanjang musim,” katanya baru-baru ini. “Saya pasti mereka akan beraksi dengan baik.”

Hakikatnya, KOAM masih mengharapkan nama seperti Lee Hup Wei, Roslinda Samsu, Noraseela Khalid, dan pejalan kaki, Teoh Boon Lim menyumbang emas dan ketiadaan Yuan Yu Fang menyaksikan Malaysia bakal kehilangan emas dimenangi sejak lebih dua dekad lalu.

Kali terakhir atlit olahraga berjaya menyumbang lebih daripada 10 emas ialah pada Temasya Brunei 1999 dengan sejumlah 12 emas tetapi sejak itu angkanya hanya berlegar antara tujuh dan lapan.