Sunday, December 6, 2009

tindakan pelik

Tindakan pelik

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com my

TINGGAL dua hari tirai saingan Sukan Sea Laos akan dibuka dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mengatur langkah pelik apabila atlit mereka diarah menjalani ujian larian semalam.

Atlit yang terbabit dalam ujian ‘mini’ KOAM selama sehari di trek Stadium Nasional, Bukit Jalil, itu terdiri daripada mereka yang akan menyertai acara 4x400m lelaki dan 4x400m wanita.

Ujian saat akhir KOAM itu dilihat kurang tepat kerana menimbulkan risiko buat atlit, apatah lagi dua daripada pelari kuartet 4x400m lelaki negara Muhamad Zaiful Zainal Abidin dan Muhammad Idris Zakaria mengalami kecederaan kecil.

Pelari simpanan acara itu, K Amran Raj juga belum berada pada tahap terbaik selepas pulih daripada kecederaan akibat kemalangan dan pembedahan betis kerana masalah tiada tekanan darah pada betis.



Mohd Zafril Mohd Zuslaini yang turut bersama kuartet yang diberi tugas mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lalu di Korat, mengakui tidak mempamerkan prestasi sebenar dalam ujian itu kerana bimbang ditimpa kecederaan.


“Saya memang tidak beri persembahan terbaik sebab takut cedera, sebab kami (4x400m) tidak mempunyai pelari simpanan,,” katanya yang mencatat larian terpantas dengan masa 47.04s berbanding tiga lagi pelari utama negara - P Yuvaaraj, Muhamad Zaiful dan Muhammad Idris Zakaria.

Rasa tidak senang itu difahamkan bukan hanya dirasai Zafril, malah atlit-atlit lain serta jurulatih namun terpaksa akur dengan arahan pihak atasan persatuan.

Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim yang diajukan soalan mengenai perkara itu tetap mempertahankan langkah yang dibuat sebagai penilaian prestasi atlit serta menentukan posisi larian untuk acara berganti-ganti.

“Kenapa tidak faham? Ini pertandingan untuk mereka, macam Usain Bolt sebelum masuk Kejohanan Dunia, dia lari tidak kurang daripada 20 pertandingan kompetitif.

“Daripada ujian ini, kami boleh nilai dan tentukan posisi pelari acara berganti-ganti, siapa pelari pertama dan terakhir.

“Tidak perlu bimbang mengenai kecederaan sebab atlit tidak akan lari sepenuh hati,” kata Karim.

Persoalannya, jika atlit tidak berlari mengikut kemampuan sebenar bagaimana prestasi mereka boleh dinilai KOAM?

Menurut jurulatih 400m kebangsaan, K Jayabalan walaupun atlit diuji namun mereka dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

“Kami mahu lihat prestasi mereka sebab sebelum ini kuartet 4x400m lelaki tidak pernah diuji bersama, jadi daripada sini kami boleh nilai, kami juga ambil kira prestasi larian mereka sebelum ini,” katanya.

Skuad olahraga yang mensasarkan lapan emas, akan berlepas ke Laos, Khamis ini.

KOAM dikritik anjur 'kejohanan' 4 x 400m

KOAM dikritik anjur 'kejohanan' 4 x 400m

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my


PELARI 4x400m negara, Zaiful Zainal (tiga dari kiri) menunjukan rakaman larian mereka sewaktu ujian masa yang dirakam oleh jurulatih mereka Hamberi Mahat (kiri) dan Jayabalan (dua dari kiri) sambil diperhatikan (dari kanan) P Yuvarag, Zafril Zuslaimi dan Idris Zakaria.

KETIKA acara mereka di Sukan Sea berbaki seminggu lagi, tindakan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menganjurkan sesi pemilihan merangkap 'kejohanan' 4x400m lelaki dan wanita, mengundang kritikan ketika kuartet ke Laos sudah ditentukan.

Namun, Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim mempertahankan tindakan badan induk itu dengan menjelaskan sesi yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, untuk memilih aturan terbaik kuartet lelaki bagi mempertahankan emas yang dimenangi di Korat, di samping mencari ramuan terbaik bagi rangkaian wanita dalam harapan mencuri pingat di Vientiane nanti.

Mengambil contoh pelari pecut sensasi dunia, Usain Bolt, Karim menyifatkan tindakan pihaknya menyamai persiapan pemegang rekod dunia itu dalam menghadapi Kejohanan Dunia.


"Ia bukannya sesi pemilihan tetapi atlit perlu menganggapnya sebagai satu pertandingan. Sebelum menyertai Kejohanan Dunia, berapakah kejohanan yang disertai Usain Bolt? Tidak kurang daripada 20.

"Jadi hari ini adalah untuk mempersiapkan pasukan selepas berlatih dua minggu lalu. Kami nak susun kuartet 4x400m lelaki untuk mempertahankan pingat emas.

"Bagi wanita, kami mengharapkan mereka dapat mencuri satu pingat dengan kehadiran Noraseela (Khalid). Noraseela tak lari hari ini kerana ingin menumpukan terhadap 400m dan lari berpagar," katanya.

Hakikatnya sesi semalam dilihat tidak dapat membantu pihak pemilih untuk menetapkan aturan dengan keputusan jurulatih, K Jayabalan tidak akan berpandukan kepada satu larian, itu pun dalam keadaan atlit tidak memberikan 100 peratus kerana bimbangkan kecederaan.

Tuesday, December 1, 2009

KOAM tidak benarkan Noraseela beraksi tiga acara 30/11/2009 2:33pm KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak akan membena

KOAM tidak benarkan Noraseela beraksi tiga acara

dipetik drpd utusan malaysia

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak akan membenarkan Noraseela Khalid beraksi dalam tiga acara pada Sukan SEA Laos, dan mahu pelari itu diketepikan daripada kuartet 4x400 meter wanita.

Timbalan presidennya, Karim Ibrahim menegaskan, No raseela sudahpun menggalas tanggungjawab besar untuk memburu dua pingat emas dalam acara 400 meter dan 400 meter lari berpagar.

Justeru, beliau tidak mahu mengambil risiko dengan memberi tugasan tambahan kepada pemenang pingat perak Kejohanan Asia itu.

Malah ujar Karim lagi, memandangkan acara 4x400meter wanita bukan prospek pingat emas Malaysia di Laos, jadi adalah tidak wajar untuk mewajibkan Noraseela beraksi. - Utusan


RESPON

Klu x mampu nak menggalas seberat mana pun beban yang diberikan,jangan la jadi atlit elit olahraga la.Yang kononnya disegani.

Norseela merupaka atlit olahraga malaysia yang amat disanjung tinggi kerana keupayaannya yang mampu membawa balik pingat pada usia yang sebegitu(berumur 30).dan tidak lah menjadi masalah klu diberikan 3 acara sekali gus walaupun acara 4x4oo bukan prospek emas.Sepatutnya atlit yang berusia sepertinya mempunyai pengalaman dan caranya yang tersendiri untuk mengendalikan masalah acara yang banyak ini.

Buat apa MSN dan KOAM menghantar norseela ke luar negara selama hampir setengah tahun dan memberi alasan sebegini untuk mengelak diri daripada tanggungjawab yang telah diberikan.Tindakan Karim Ibrahim ini merupakan satu kesilapan besar dan sebenarnya sesuatu yang amat bodoh.Tolong la jgn memperbodohkan diri anda hanya kerana satu masalah yang kecil.Nampak sangat tiada kredibeliti dalam dirinya sehingga membuat keputusan yang sebegini rupa.Bagaimana pula nasib lagi 3 orang atlit 4x400m yang sepanjang tahun berlatih dan menghabiskan duit sendiri akibat daripada KOAM yang tidak membantu dalam kebajikan atlitnya.Inilah sebenarnya platform yang bagus untuk mengangkat diri dan memperoleh kemenangan yang sepatutnya mereka kecapi.Tolong la jangan terlalu mementingkan diri sendiri bagi pihak2 yang terlibat.Buka mata anda dan fikir la dengan logik.