
Aku hanyalah peminat dunia olahraga terutamanya di malaysia yang kian hari kian samar dan tidak tentu hala...Dari pengurusan itu sendiri hinggalah ke atlit amat menyedihkan. Pengurusan bolah dianggapkan hanya inginkan keputusan yang terbaik sedangkan atlit tidak pun dijaga dengan sebaik mungkin dan kelekaan ini sebenarnya merugikan malaysia dalam mencipta atlit-atlit yang bakal mengharumkan negara.Antara kes yang membabitkan olahraga yang saya ingat hingga kini adalah kematian Rabia Abdul Salam iaitu pemegang rekod malaysia 400m wanita.Di antara kelemahan yang ketara dalam olahraga ini adalah kekurangan jurulatih.,perlu diingat sukan olahraga adalah sukan individu dan untuk menampung bilangan atlit yang ramai memerlukan jurulatih yang ramai agar dapat mengawasi pretasi atlit dari masa ke semasa.Sebagai contoh,seorang jurulatih melatih hampir 5 ke 8 atlit dan untuk memahami setiap atlit ini bukan senang dan kelekaan jurulatih dalam membimbing atlit akibat terlalu ramai sebenarnya perlu diambil kira.Atlit memerlukan perhatian daripada jurulatih dan masalah timbul sekiranya atlit di bawah jagaannya terlalu ramai sehingga kadang kala jurulatih itu sendiri tidak menang tangan mengendalikan atlit yang 1001 perangai.Itu satu dari kelemahan yang saya sedari dan untuk kelemahan yang seterusnya bacalah post yang akan datang......
No comments:
Post a Comment